Monday, November 22, 2010

Kau Pergi Dan Tak Akan Kembali...

Ansi,
Kenapa awak pergi cepat sangat?
Baru 1 hari 1 malam awak tinggal dengan saya and family.
Kenapa awak pergi tinggalkan saya?
Tapi Alhamdulillah saya dapat redha dengan pemergian awak.
Allah S.W.T lebih menyayangi awak,sayang.
Sebelum awak pergi,awak kelihatan comot tetapi masih lagi comel.
Tetapi ketika awak pergi,awak kelihatan suci,bersih,gebu dan bertambah comelnya.
Ibarat bayi yang baru dilahirkan,suci tanpa sebarang dosa.
Bilalah agaknya awak pergi?
Sebab bila saya pulang ke rumah,awak dah tiada.
Tapi masa saya sure yang awak dah tiada,masa tu pukul 11 malam lebih.
Hari Isnin,22 November 2010 awak pergi dan tak akan kembali lagi.
Tubuh awak terkujur kaku,sambil mengiring dan kalau tak silap saya awak menghadap ke kiblat.
Ketika itu air mata saya berlinangan dan akhirnya jatuh berderai.
Semoga roh awak tenang di sana.
Maafkan saya awak.
Saya berasa sangat berdosa dengan awak.
Tapi saya tak nak salahkan sesiapa tentang kepergian awak.
Sebab memang ajal awak dah tiba,jadi saya hanya boleh berserah pada Allah S.W.T
Semoga kita boleh bertemu lagi di akhirat kelak.
Insya Allah,saya akan sentiasa mendoakan awak.

Al-Fatihah.
Saya Sayang Awak Sangat-Sangat.
Walaupun Baru Sahaja 1 Hari 1 Malam Saya Kenal Dengan Awak.


.

No comments:

Post a Comment