Sunday, May 17, 2009

Hadiah Hari Ibu


Pada hari ahad,16.5.2009 ialah hari ibu sedunia.Aku memmberi kad kepada ibuku maklum lah bukannya ada duit sangat.Dan yang paling istimewanya inilah kad pertama yang aku tulis dengan B.Inggeris.Ayat yang aku tulis di dalam kad itu ialah:
Happy mother"s day mama.I hope you keep this card forever.Because this card I do it by my sefl.
I thik this is a first time I write in English.You are everything to me.I cannot live without you.
[ I love you ] From:kakak itulah yang aku tulis di dalam kad ini.Walaupun kita tidak membeli hadiah,belanja makan dan membeli bunga tetapi hadiah yang paling istimewa bagi seorang ibu ialah anaknya itu menjadi anak yang soleh dan solehah dan tidak pernah meninggal solat.Itulah hadiah yang paling istimewa bagi seorang ibu.Kan mama kan?.
( SELAMAT HARI IBU )

Kali Pertama Mengambil Bahagian

Pada hari ahad,17.mei.2009 satu malaysia telah menyambut hari guru.Saya telah megambil bahagian sempena hari guru ini.Saya memasuki action song.Dan pada masa yang terdekat ini action song akan bertanding di sekolah lain pula.Tetapi pada masa ini teacher belum mendapat tahu sekolah mana yang akan kami tandingi.

Semasa memasuki ke dalam dewan tuhan saja yang tahu,betapa gementarnya peserta-peserta action song.Tetapi bila difikirkan semula sia-sia sahajalah kami berlatih selama ini.Menghabiskan masa sahaja,ketinggalan pelajaran dan menghabiskan tenaga turun naik tangga.

Jadi aku terus senyum dan teruskan membuat persembahan.Sebelum peserta-peserta action song mula membuat persembahan ramai adik-adik darjah 1 mengejar kami kerana tema lagu itu ialah zoo jadi teacher telah memilih beberapa peserta action song untuk menjadi binatang-binatang tersebut.Disebabkan itu lah adik-adik mengejar kami kerana ternampak peserta-peserta action song memakai kostum binatang,hahaha.

Friday, May 15, 2009

Salam pertama....

Assalamualaikum....kakak.
Semalam mama buka blog anak-anak mama yang mama dah createkan masa kita dok kat Abu Dhabi dulu.Malangnya mama dah tak boleh nak sign in sebab mama dah lupa password.Mama minta tolong papa juga dari Sudan tapi papa pun dah tak ingat.So mama ambil keputusan untuk create lagi blog sorang satu untuk anak-anak mama.

Mama rasa kakak pun pandai untuk ada blog sendiri.Kakak sendiri pun dah boleh nakupdate selalu blog ni,so tak kisah la ye,mama ka,kakak ka kita boleh sama-sama update kan blog ni ok.....