Wednesday, December 23, 2009

time square@aquaria.......

16/12/2009 RABU.......

LOKASI KUALA LUMPUR


pada tengahari 2 dina@family and my mycousin@family

pergi ke Aquaria KLCC...

yaaa macam tu lah tengok ikan and boleh lah mempelajari sesuatu yang baru...

kebetulan pulak ada FEAR FACTOR buat game kat situ..dina and diorang semua tadi gi jenguk2x je la mana berani nak masukkan tangan dalam bekas yg penuh dengan cacing,ulat macam2x lah huhhh masukkan tngan tue untuk mencari huruf F di dalam itu akan mendapat hadiah and then ada plak kasi makan ikan phirana...sapa nak cuba angkat tangan...tapi tak berani ingat kot masuk dlm tue rupanya just kasi mkn dari ats.....huahuahua sedih :( ........

pergi ke time square...

ini yg best nak cita.....!!!pasal gi time square....adalah tempat permainan yg paling best bagi dina pada tahun 2009 yeah!!!

first thing that dina naik adalah menaiki helikopter yang amat laju and memeningkan...masa tue dina naik dengan sepupu dina Zunnur Ain Shaza...(ain) first memanglah mencabar....:w scary....dooooo....second dina naik ntah la tak tau nama kita reka je lah.....{ pusing2x } huahuahua yg tue macam nak terkeluaq....dari seat tue huhhhhh.....mengerikan kot...third naik apetah lupa lah banyak sangat yg penting tempat tu memang enjoy gila kowtt...ok this is my diari today good bye...................





Nur Marha Irdina bt Salmardi
Taman Jelatik jalan jelatik 2/3 no 13 jln langgar...........



THE END.....................................................................<3<3<3<3

Saturday, December 12, 2009

rindunyer rumahku di kedah

Rasa macam sebulan dah x balik rumah or i mean aloq staq.
Siries penat gila kot cuti skolah nie mula kena ikut papa p Melaka satu malam n then balik KL tidoq The Zone, 2 malam then balik ler aloq staq raya haji,pas2 raya haji ke 3 kot p Terengganu plak 1 week huh giler bosan.Kan Terengganu dok banjir kalau tak banjir pown siang malam hujan lebat.Masa p Terengganu 2 tidoq Awana Kijal, nasib baik la my sepupu pown ikot kalau tak mati kutu la dina nie cause memang x leh gi mana sebab siang malam hujan jer.Tapi dekat Awana Kijal kan ada pool so mandi jugak lah jwbnyer dlm hujan pown x kesah la mana tahan tengok budak2x lain mandi jer hujan pown hehehe.And kat Awana Kijal 2 ada Smarty Club 2 boleh buat macam2x aktiviti gak la diantaranyer lah main ping- pong,main congkak,main snooker,mewarna,monopoly junior n dam ular gergasi.Siapa yang pergi Terengganu untuk bercuti ker boleh laa tidoq kat Awana Kijal nie tapi jangan la p musim2x hujan nie ok.Sejak cuti skolah ni tiap2x minggu kena p KL cause papa ada kerja n papa dah sewa rumah dekat2x dengan semua house,citi one condo.Siapa2x yang mengenali ku jemput datang eee ke rumah papa nie ok bye2x.

Wednesday, November 18, 2009

Hell0***sh(00l*** h0l!d@y

Hey semua wats up lama dah kan dina x update blog cause sebok study for l@st ye@r ex@M tapi skarang dah hab!s leganya rasa tapi makin menurun tapi alhamdulillah next ye@r tahun 2010 dina berumur 10 thn dapat masuk 4 A leganya.............my best friend pun masuk 4 A gak

Rasa cam x caye lah dah tahap 2.Orang yang sebaya ngan dina like my sepupu Put3 B@lq!s welc0me b@ck 2 s(h00l!!!!!! belajar bersungguh2x .

Bestyer cuti skol@h tahun 2009 nie p sana-sini.
Nanti gi terengganu ikut p@p@ gi kerja****lepas balik dari terengganu insyallah balik KL papa dah dpt rumah sewa kat sana kalau dok putrajaya lagi bst ada nda wawa leh jumpa zara tiap2x hari ok lah bye kepada semua org yang bersekolah lagi selamat bercuti =)

Saturday, October 31, 2009

Happy Always

Dina rasa sangat gembira bila datang KL
Dina jumpa ramai adik-beradik best giler sampai sempat jadi giler
Pastu kan semalam dina happy sangat cause pergi Melaka best tau dina naik Menara Taming Sari
Dina pergi dengan mama,papa,dina,muqri,apit,nda wawa,uncle azhar,zara,nda didia,nda teh,uncle murdani,ammar,sarra,mak lang,pak lang,maksu,darwish,danish,nda najwa,uncle fuad,toknda, balqis,tok and wan diorang semua ikut.
Pas2 tok jumpa orang yang dok drawing style cartoon 2 so tok gi la drawing muka tok and toknda ya la kakak adik kan.Pas2 dina pulak drawing ni cucu plak dina and balqis.And then kita orang gi makan.Habis je makan kita orang singgah rumah maklang, solat maghrib kat melaka.Wak2 nak mai 2 dina naik kereta dengan uncle fuad and nda najwa,masa dalam perjalanan 2 uncle fuad kerja dok mengusik pasai han2 dahlah kawasan kat situ hutan je...ketaq dina pas2 bila nak balik putrajaya dina dengan balqis mengamuk2x x nak naik dengan diorang.Tapi semua kereta dah full so terpaksalah naik ngan depa gak sakitnyer hatiku.Tapi kan nda najwa mengandung so uncle fuad nak bagi baby dalam perut dengar ayat lazim lerkan.Alhamdulilah dia x cakap dah pasal hantu2x 2 lagi.Dina n balqis pun buat x tau pas2 tertidur.Masa terjaga 2 ingat kot sampai dah rupanyer uncle fuad ngantuk so berhenti sat pas2 balqis ajak dina masuk tandas awam masa 2 malam dina x nak lah tapi sampai dina pun x tahan dah terpasak lah pi jugak.Dina ingat kot org lain berhenti jugak padahal org lain tidoq nyenyak dah kat rumah tokcik.Geramnye hati takkan tak tau mulut dina nie kat suka berletiaq pas2 dalam kereta dina kerja dok berletiaq la sampai dah penat tertidoq jaga2x alhamdulilah sampai jugak.Itulah pengakhiran kisah dina nie.

Monday, September 28, 2009

Cepatnya

Askum kepada semua pembaca setia blog dina nih.
Kepada semua rasa x cepatnya perasaan berhari raya nih hilang walaupun banyak lagi rumah2x kita x gi beraya.Kalau pi pun x rasa suasana hari raya dah sebab raya pun cuti seminggu ja...
Tapi bawak banyak bersabaq lah yer bulan 12 ni dina cuti 1 bulan huhuhu bestnyer....pastu masuklah standard 4 cepat jer kan adik muqri pun standard 1 cepatnyer, masa ni berjalankan dia x menuggu kita...huh.Exam pun dah memangil nih huh ketaq gila exam tu memanggil dina macam nih"Dina cepat study nanti kau juga yang susahkan"huhuhu.Tahun depan rasa macam semua dah besar cause tahun depan semua gi skolah.Dina standard 4 memang la gi skolah,Muqri pula standard 1baru mula ke alam sekolah rendah and, Apit lak baru mula ke alam tadika.Ok bye2x mungkin dina ada cerita baru pula next time.....

Monday, September 21, 2009

Balik Kampung

Hahahah tahun ni tak berapa best la raya cause ramai yang tak balik
Yang paling dina rindu sangat adalah nda wawa and zara.......dina rindu la kat korang....selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Belah mama semua balik kampung suami diorang.Belah papa semua balik kampung belah isteri....Ahhhh daaa
bosan......

Tapi tahun ni dina boleh puasa penuh so lebih skt la duit raya setakat sekarang dah beratus2x dah.Insyaallah tahun depan dina boleh puasa penuh kalau dipanjangkan umur.Kepada semua orang yang mengenali dina, kalau ada salah silap,terkasar bahasa, ampun dan maaf dipinta ya.
Kepada yang tersayang my family dina nak ucapkan sesuatu,"Tahun ni duit raya lebih skt tau sebab dina puasa penuh, heheheheh memang tak tahu malu".Assalammualaikum.

Wednesday, September 9, 2009

Macam2x cerita

Hai kepada semua pembaca setia blog kita ni.Kita ada banyak benda nak cerita tau.Cuma laptop mama kita rosak tapi boleh repair.Sekarang kita rasa bahagia sangat cause dah boleh sampaikan apa yang kita nak cerita.

First kita nak cerita pasal baju raya kita dah beli tau cantik....warna merah.Tau tak kenapa kita beli warna
merah,ha kita beli warna merah cause tema family kita tahun ni warna merah.Kita nak ucapkan thank you
kepada mama kita and papa kita yang dah penat cari rezeki untuk kita, untuk beli baju raya untuk kita and
adik2x thaks mama we all luv u.

Second kita nak cerita pasal tudung raya best tau.Kita dapat tudung free cause tok kita beli kain pastu dapat
free tudung.Tok kita kata suruh kita ja pilih untuk pakai raya nanti.Tampa segan silu kita terus pilih dan
akhirnya kita dapat pilih yang sesuai dengan bantuan orang2x sekeliling kita.Ni kita nak ucap kan thank
you kepada tok kita.Dina sayang tok. Ok bye esok kita sambung lagi eee.

Sunday, August 30, 2009

Tolong mama and tok

Kemarin aku tolong mama and tok buat pengat pisang untuk juadah berbuka puasa aku tolong potong pisang.Selepas siap aku letak dalam peti ais.And bila dah berbuka aku pun makanlah.


Sedap gila.Try la buat tapi aku lupa la resipi ok bye.

Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Lusa kita akan menyambut Hari Kemerdekaan.
Tapi rasa tak berapa best la sambut Hari Kemerdekaan tahun ni cause
bulan puasa kan so tak best la letih......
Kat a/s pun tak ada semangat semua orang letih tak macam
sebelum ni ada macam2x acara kan


Apapun kepada semua rakyat Malaysia Dina nak ucapkan :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Selamat Berpuasa ok

MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari pertama aku berpuasa langsung tak rasa lapar.
Mungkin tahun ini aku boleh puasa penuh.
Lagipun aku kan dah besar.......

Kalau aku tinggal aku akan ganti.......
Just kalau aku demam or memang tak boleh tahan aku akan berbuka...
Sapa tak puasa tak best la raya......


Mana aci adik aku sehari dapat 1 ringgit kalau dia puasa penuh 30 ringgit dah kan......
Lagipun aku cuti 1 minggu untuk bersahur dan berbuka puasa with family

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa!!!

Kalau puasa penuh baru best raya
Lagi pun bulan puasa ini ada satu malam istimewa kalau kita banyak beribadat pada malam itu
segala dosa2x kita sebelum ini akan diampunkan oleh allah.Jadi kita perlu rebut peluang ini.Tahu tak malam apa?tet masa dah tamat jawapannya malam Lailatul Qadar.Tapi aku rasa rugi sangat pada 15 syaaban aku tak buat apa pun ibadat sebab lupa sangat2x.

Asalammualaikum selamat berpuasa

Saturday, August 15, 2009

Makam Diraja


Hari ni aku pergi ke makam moyang aku Tengku Abdullah di makam diraja.Aku tengok makam ayah kepada Tengku Abdullah maksudnya datuk kepada tok aku.Waktu sampai kat makam tu aku tabur bunga dan sedekah al-fatihah .Semoga rohnya berada di sisi orang2 yang beriman amin.



Al- Fatihah

Thursday, July 30, 2009

Study up

Hahaa lama tak tulis blog sengan bukan tak dak apa nak tulis sebenarnya banyak benda aku nak cerita ni....

My title study up cause aku ada ujian bulanan hari selasa lepas.Tapi hari selasa tu aku x gi buat ujian cause aku sakit perut sangat2x pagi tu.But hari rabu dan khamis aku p la hari selasa tu ujian b.melayu pemahaman and b.melayu penulisan so hari rabu habis buat ujian lain aku ada bonus ujian b.melayu pemahaman tapi syukur alhamdulillah aku x dapat 0% la sebab aku buat juga ujian.
And then hari khamis habis buat ujian lain ada bonus jugak la kena buat b.melayu penulisan...
apapun aku lega sangat cause esok dah tak dak ujian bye...

Wednesday, July 15, 2009

Practice Naik Basikal

Ni jangan silap eh aku pandai dah naik basikal
Dua-dua adik aku yang x pandai

Ni aku nak cerita pasal adik pertama aku,Mohd Nabil Muqri nak practice naik basikal
Sebelum ni dia naik basikal tayar 4 so kali ni mama and papa aku suruh dia ambik tayar 2
Pastu bila dah beli dah ada kat rumah dah aku naik dah adik aku ni nak kena practice plak
Kemudian papa aku ambil basikal aku untuk papa tunjukkan cara-caranya.....
Waktu dok naik tu ada saja kayuh 2 kali nak air kayuh 4 kali x larat kayuh 6 kali adui calar plak kaki dia alah sikit ja tu pun dia nak menangis laki lak tu.What ever la muki all the best.

Ok ni pasal adik yang last plak,Mohd Nabil Hafiz nak practice dia ok ja...
dia beli basikal tayar 4 biasa la kecik lagi...cantik basikal dia bentuk moto....dasyat
hekhek bentuk je kena kayuh jgk......dia just x pandai kayuh dia kayuh blakng nak rivest kok......

Ok just ni aku cerita.All the best ee adik2x kakak.....

Tuesday, July 14, 2009

Biawak!!!

Oh biawak

petang tadi aku dpt basikal baru kan

pastu pkl 5:00 aku pun tak sabaq nak naik

aku pun jalan kat taman

mama,papa,adikmuqri and adik apis naik moto depa dok blakang aku
dah nak kona keluar dari taman x sabaq la nak tunjuk pandai tengah kayuh basikal kat tepix2 tu
aku menjerit biawak, aku x tau nak buat apa kona tengah jalan nasib baik x dak kereta aku x dan nak break sebab terkejut sangat papa aku kata mati dah la.
Apapun alhamdulillah x dak kereta blakang aku.....

Basikal baru>>>

Petang tadi aku pergi kedai basikal aku beli basikal berwarna merah tayar 2
Adik aku yang bongsu beli basikal tayar 4 dia punya basikal fuhh hebat macam motor adik aku bkn nak sangat dia kata dia dah ada tusker haha bahasa adik aku ni aneh tau dak
tusker tu skuter.

Masa hari jadi dia mama aku beli tusker (skuter ) kat dia cause dia suka sangat tusker ( skuter ) waktu x beli lagi skuter tu dia dok naik skuter barbie aku.Ala biasa la dia baru umur 3 thn bahasa pelik la...
Ha ni cerita paling best... tu aku tulis akhir2x adik aku no 2 dia nak beli tayar 4 lagi dia kata tak pandai naik basikal tayar 2 aku geram gila kat dia last2x tauke tu kata adik suda besar mana boleh naik tayar 4 lagi.
Betul la thn 2009 dia 6 thn thn 2010 dia dah masuk sekolah rendah 7 thn ada ka patut nak naik
tayar 4 lagi.Akhirnya dia ambik juga basikal tayar 2 berwarna kuning

Monday, July 13, 2009

Panasnya badan

Semalam 12.7.2009 panas gila badanku dan hari ini 13.7.2009 tak gi sekolah tapi
alhamdulillah hari ini badan aku suam skt tapi x tau esok boleh pi sekolah ka dak....

Rasanya sebab hujan kot aku demam blk sekolah aku mandi tapi maghrib aku xmandi cause air sejuk sangat pastu malam tu tengok movie ENCHAUNTED best gila pastu pening kepala la....

tengok x kelip-kelip pening la....sampai jalan pun lelong2x x leh tengok cahaya

ubat pon x ambik xpa guna adik muqri nya ubat { ya allah semoga aku cepat sembuh }

Saturday, July 4, 2009

Nda Najwa Wedding


My unty Puteri Najwa baru je kawin, me and my 2 brothers be a flower girl and boy I so happy be a flower girl I the biggest between the other flower girl.

Time wedding tu I cannot belive that my brother Hafiz yang just baru umur 3 tahun ni can be flower boy but my brother Muqri tu plak teiak2x


Tapi apa pun dina ucapkan selamat pengantin baru
kepada Nda and uncle( Puteri Najwa & Fuad )

Wednesday, June 10, 2009

Image ku yang terbaru

Hari ni aku pi saloon
nak tukar gaya sikit tapi sebenarnya ada sebab2x yang lain juga
orang yang tertentu ja boleh tau....hehe
ok jugak la rambut aku...aku pi kat pacific Ken Saloon
harga dia berpatutan gak la aku potong rambut pendek sikit
pastu buat layer semua tu RM 14.00 ringgit je boleh pi tiap2x hari
la kot.....cheh nanti aku upload gambar lumayan la rambut aku
aku bukan nak perasan ok cuma aku rasa kan rambut aku macam
pelakon yang belakon cerita jelita tu kot rambut aku macam jelita
tu la........

SEMUA YANG TERTULIS DALAM BLOG KU INI ADALAH DIARI HIDUPKU***********

Saturday, June 6, 2009

Sat ja.... cuti sekolah nak habis

Mula2x cuti sekolah rasa lamanya cuti
Tengok2x lagi brapa hari ja nak masuk skolah balik
Tapi x sabar la plak nak jumpa kawan2x kat skolah
Cause stat hari rabu dah tak p skolah cause demam
So x dan la jumpa kawan2x aku rindu sangat dekat
my best friend SH.NURUL SOFHIA
Tapi best la x p skolah x dak langsung kerja rumah
X pa lah aku bleh tepon kawan2x tanya keja rumah
Tapi hari tu kan aku dah tepon AISHAH
Aku tanya lah dia ada keja skolah dak?
Dia kata ada satu ja...aku tanya lah apa?
Dia kata dalam kertas nanti ambil kat cikgu lah
Biar betui satu cuti skolah 2 minggu
Pastu dia kata exam B.Arab aku dapat 96% aku menjerit keseronokkan
Itu pun dah kera terbaik dah tu.....math aku mengurang lah markah aku
dapat 91% ja x pa lah asal kan dapat A

Jangan Pandang Belakang Congkak

Hari ni aku gi tengok wayang bersama mama, cik sepiah , tok ,tok idah , ona , kak nabila , apit dan muqri .
Cerita tu ada sedih,ada gembira dan ada seram tapi yang paling banyak feeling ialah gembira.Kami semua gelak sampai nak pecah perut.Betul lah macam pengarah tu cakap "anda akan gelak sampai pecah pelut " dia kata cam tu la.....

Best gila cita tu Lan pet pet jadi orang minyak Cat farish jadi toyol pastu sorang lagi plakon tu nama pa tah tak ingat dia jadi hantu raya

Tapi ada la jugak babak yang menakutkan la...adik apit nangis tapi kalau bawak ammar sepupu aku tuh lagi kena keluar dari panggung kot..........


Friday, June 5, 2009

Menghantui muqri...dina....ona....kak nabila

Gheee ghee ghee takut.05.06.09 mama membawa kami ke fun fair.Mama,Dina,Ona,Muqri,apit,Kak nabila dan Cik sepiah naik yang pusing- pusing tu biasa la bukan tau nama.Muqri dengan apit naik kuda pusing.Dina,muqri dan apit naik rota wave pula....Last kali dina,kak nabila,ona dan muqri masuk ke RUMAH HANTU naik kereta api uuu kali pertama dia pusing angin bawah terowong tue...kali ke dua dia jalan dia berhenti tengah2x tue adoi mak hantu tue mengilai mai goncang dina punya sit dina duduk ngan kak nabila hantu tue duduk kat belah kak nabila.uu kali ketiga hoh lagi seram berhenti lama masa sampai dah dina lompat keluar ahh ketar gila.muqri keluar macam kena pukau tak bercakap lama juga la sampai panas badan dia....biasa la first time masuk rumah hantu .......................

Wednesday, June 3, 2009

L@mbat nak update

Pergi ke kem kempimpinan nih lama dah baru nak update
Masa tu dina kena tidur kat skolah guru displin dah bagi surat kepada semua orang
yang ada jawatan kat skolah tu dina pon dpt surat tu, dia kena isi lah ibu bapa bagi atau tidak, malam tu ketar gila telefon semua kawan2 yg dpt surat tu juga, ada yg x bagi ada yg bagi
aku tulis x bagi cause takut nak tidur kat skolah.

Esok bangun mama bagi juga RM15.00 sebab takut kawan lain pi dina x pi plak
waktu cikgu suruh pengawas berkumpul kat dewan.Aku pi la,cikgu kata pengawas skolah wajib
pi.Aku kata aku x leh pi,cikgu tanya kenapa?aku jawab mama x bagi padahal aku yg takut
tapi cikgu kata kalau x pi kena ambil balik sijil pengawas.Aku x mau aku naik ke kelas ambil duit yang mama bagi aku bagi kat cikgu jadi aku kena pi.3 hari 2 malam iaitu 19 feb 2009 hingga 21 2009 feb hari khamis hingga sabtu.Yg best kan 19 birthday mama 21 birthday papa.
H@H@

Sunday, May 17, 2009

Hadiah Hari Ibu


Pada hari ahad,16.5.2009 ialah hari ibu sedunia.Aku memmberi kad kepada ibuku maklum lah bukannya ada duit sangat.Dan yang paling istimewanya inilah kad pertama yang aku tulis dengan B.Inggeris.Ayat yang aku tulis di dalam kad itu ialah:
Happy mother"s day mama.I hope you keep this card forever.Because this card I do it by my sefl.
I thik this is a first time I write in English.You are everything to me.I cannot live without you.
[ I love you ] From:kakak itulah yang aku tulis di dalam kad ini.Walaupun kita tidak membeli hadiah,belanja makan dan membeli bunga tetapi hadiah yang paling istimewa bagi seorang ibu ialah anaknya itu menjadi anak yang soleh dan solehah dan tidak pernah meninggal solat.Itulah hadiah yang paling istimewa bagi seorang ibu.Kan mama kan?.
( SELAMAT HARI IBU )

Kali Pertama Mengambil Bahagian

Pada hari ahad,17.mei.2009 satu malaysia telah menyambut hari guru.Saya telah megambil bahagian sempena hari guru ini.Saya memasuki action song.Dan pada masa yang terdekat ini action song akan bertanding di sekolah lain pula.Tetapi pada masa ini teacher belum mendapat tahu sekolah mana yang akan kami tandingi.

Semasa memasuki ke dalam dewan tuhan saja yang tahu,betapa gementarnya peserta-peserta action song.Tetapi bila difikirkan semula sia-sia sahajalah kami berlatih selama ini.Menghabiskan masa sahaja,ketinggalan pelajaran dan menghabiskan tenaga turun naik tangga.

Jadi aku terus senyum dan teruskan membuat persembahan.Sebelum peserta-peserta action song mula membuat persembahan ramai adik-adik darjah 1 mengejar kami kerana tema lagu itu ialah zoo jadi teacher telah memilih beberapa peserta action song untuk menjadi binatang-binatang tersebut.Disebabkan itu lah adik-adik mengejar kami kerana ternampak peserta-peserta action song memakai kostum binatang,hahaha.

Friday, May 15, 2009

Salam pertama....

Assalamualaikum....kakak.
Semalam mama buka blog anak-anak mama yang mama dah createkan masa kita dok kat Abu Dhabi dulu.Malangnya mama dah tak boleh nak sign in sebab mama dah lupa password.Mama minta tolong papa juga dari Sudan tapi papa pun dah tak ingat.So mama ambil keputusan untuk create lagi blog sorang satu untuk anak-anak mama.

Mama rasa kakak pun pandai untuk ada blog sendiri.Kakak sendiri pun dah boleh nakupdate selalu blog ni,so tak kisah la ye,mama ka,kakak ka kita boleh sama-sama update kan blog ni ok.....